(a) Konsep
Asal usul kurikulum adalah berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba memimpin kuda mereka di sepanjang laluan yang ditentukan. Dalam konteks pendidikan, istilah kurikulum merujuk kepada jurusan, program, aliran pengajian yang diikuti atau ruang tempat pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
(b) Pengertian
Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum adalah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan. Matlamatnya adalah untuk menyokong pembangunan menyeluruh pelajar termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping menyemai dan meningkatkan nilai moral yang diingini serta menyampaikan ilmu.
Istilah kurikulum mempunyai variasi makna bergantung kepada perspektif dan skop yang disesuaikan dengan konteks bilik darjah dan intipati pendidikan negara. Secara umumnya, kurikulum merujuk kepada reka bentuk pendidikan yang merangkumi nilai, pengetahuan, kemahiran, norma, unsur budaya dan kepercayaan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya dalam masyarakat atau negara tertentu.
No comments:
Post a Comment